It Dead Today!

Muka pucat
Kelam kabut
Bangun pagi buka henpon
Daripada 2 signal kat bahagian atas skrin tuh
1 signal penuh dan satu lagi menimbul syak wasangka
Yang syak wasangka ini
Agak mengecut segala isi dalam badan
Signal Coverage dah naik pangkah dah
Apehal nih
Try call keluaq guna sim coverage pangkah
Naik meseg kat skrin
'INVALID NO'
Errr...ko jangan weh.
Tahu laa dah lama aku tak topap ang
Tapi jangan laa kau diapa-apakan disaat ini

Aik...pehal nih
Jangan weh
Aku dah laa sensorag kat sini
Hati jadi tak tentu dah
Sekali lagi kol keluaq
Naik lagi sekali
'INVALID NO'
Termenung sekejap
Rasa tak topap dah dekat 3bulan
Expired date minggu depan
Takkan dah kena pangkah kot
Haisshh...tak leh jadi ni

Terus bersiap dan bergerak dengan jentera super wave dengan kekuatan 100cc
Memecut menghala ke tengah pekan Kuah
Demi nombor lama yang telah ku bela sejak sekian lamanya
Dari zaman rambut banyak dan kini rambut makin beruban dan jarang-jarang
Akan aku pertahanan walau apa jua sekalipun

Dalam hati..."Harei betoi, baru cadang nak topup minggu depan dah mati dah nombor nih!"
Muka pucat dan gelabah tak payah cakap
Perasaan menyesal menguasai diri sepanjang memecut tuh
Tuh laa dok tangguh-tangguh lagi
Laa ni kepala pun dah naik serabut
Risau no ni kena jual kat dalam pasaran tempatan

Masuk kat Centre,
Muka pasrah pi kat kaunter
Potong barisan plak tuh
Tak ikut no giliran
Mana aku nak tau
Bukan aku selalu pi Centre pun
Ni first time woihhh
Dengan muka cuak tak tau nak habaq

Rilek je pi terpa kat kaunter
Last2 pakcik guard panggil suh ambik no dulu

Lepas 4 orang, giliran aku tiba dengan jayanya
Sorang awek kaunter menerima aduan aku
Aku cerita dengan penuh tragis dengan tambahan cerita nak kasi penuh tragik
Awek tuh dengar muka agak biasa
Sebab mungkin dia dah biasa dengan aduan sedemikian
Dan jalan cerita pun nak hampir sama
Kes malas topup
Pastu buat muka kesian kat kaunter suh bagi balik no tuh
Jangan bagi kat orang lain
No marka, no maklong, no kedai kek, no kedai basikal, no awek lama, no tok ketua dengan no. Amy mastura pun ada kat sim card tuh.
Kalo expired camna depa nak kontek aku balik
Aksi cerita lakonan kesian

Awek centre senyum ja
Dia kata no boleh dapat balik
Nak aktifkan tadak masalah
Tapi dah tak bleh pakai topup laa
Kena guna postpaid dulu

Aku menung depan kaunter
Postpaid?!
Prepaid tadak ka?
Postpaid je bleh aktifkan no encik...

Kat dia tadak masalah
Aku yang bermasalah
Natang betoi
Kena pakai line bill
Sebulan brapa.
Tak mahal encik...RM98 je!

Rsa macam nak Smackdown
Apa yang tak mahalnya RM98?!
Sebulan kot.
Cakap dalam hati jer la.
Dia sambung lagi, lepas 6 bulan baru bleh tukar ke prepaid.
Rasa macam nak teriak
Dah laa duk kat Langkawi...
Bulan-bulan kena sedekah RM98
Garu kepala

Dia kata kalo tak nak takpa
Tapi no ni akan dijual laa
Cisss...ini psychology marketing nih
Cobaan nak menghasut suh aku ambik pakej RM98.
Demmmm!

Life or die
Terpaksa gak ambik
Pasrah
Setel semua urusan
Lepas seminggu baru bleh guna
Huhu

Maka dalam tempoh 6 bulan ini
Senang-senang je labur RM98
Nasib baik pakai Tone Plus
Dapat gak cover balik kos bulanan tuh
Terima kasih Tone Plus!

p/s : Tone Plus seksa, tapi penyelamat...what the life!